Thursday, January 5, 2012

Khas untuk bakal isteriku...



Bakal isteriku,

Jemputlah aku ke dalam hatimu yang indah itu,

Yang penuh dengan muatan rindu,

Meski rindu ini tidak terarah sekarang sayang,

Jujur dan ikhlas dariku.

Aku inginkan dirimu, hatimu dan belaianmu,

Dan datanglah padaku,

Kan ku katakan betapa aku amat menyayangimu,

Kerana diriku..hatiku..,

Ku yakini dirimu akan terus menerus hadir dalam diriku,

Kerana diriku jua, hatiku mencari bayanganmu,

Menanti dengan kemesraanmu,

Aku ingin menepis semua rinduku,

Semua rindu kita bersama,

Menjalin benang-benang cinta di antara kita sayang,

Percayalah, aku terlalu merinduimu,

Percayalah aku sanggup menemanimu sehingga akhir hayatku……


sepenuh hatiku,

-Anas Mahdi-

Thursday, December 29, 2011

Doa Rabitah





YA ALLAH,

Engkau mengetahui hati-hati ini

telah berkumpul kerana mengasihiMU,

bertemu untuk mematuhi perintahMU,

bersatu memikul beban dakwahMU,

hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk

mendaulat & menyokong syariatMU,

maka eratkanlah YA ALLAH akan ikatanya...

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini

akan jalanNYA yang sebenar,

Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu

yang tidak kunkung malap,

Lapangkanlah hati-hati ini dengan

limpahan iman dan keyakinan

dan keindahan tawakkal kepadaMU,

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan

ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentangMU,

Jika Engkau mentakdirkan mati,

maka matikanlah pemilik hati-hati ini

sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU,

Engkaulah sebaik-baik sandaran

dan sebaik-baik penolong,

YA ALLAH,

p/s: insyallah,sama2 amalkannya. (^.^)

Friday, November 25, 2011

~ i remember you said~

Salam. dah berapa hari, minggu dan bulan aku tidak menjengah lansung ke blog ni. kalau dulu berkobar2 setiap hari apa yg aku buat mahu saja ditulis disini, mahu saja dikongsi kepada semua biarpun aku tahu tiada tetamu yg bertandang disini. tapi tak mengapa. kadang-kadang aku rasa selagi perkara yg kita buat itu mendatangkan kepuasan, teruskan.

Tapi, itulah aku. semangatnya sekejap saja. konon-konon sibuk mengalahkan orang-orang kaya. dan aku cepat lupa. memang cepat lupa. kadang2 menjadi sedikit bingung. selalu ambil mudah perkara yg tidak sepatutnya. begitu juga dari segi hubungan. bila sudah byk kali aku lakukan benda yg sama, sedikit sebanyak memang terkesan. dan yg parahnya aku sendiri sebab aku tahu i'm the one who started. people changed and so do i. but i hope our relationship doesnt change at all as we wish it till the end. thanks for always understand me in whatever bad things i've done..i loveu so much!

About