Sunday, January 8, 2012

~ Buat bakal suamiku yg disayangi..

Buat bakal suamiku,
aku tidak cukup sempurna untuk dirimu,
dan aku tidak cukup indah pandangan matamu.
namun, hakikatnya tetap satu..
aku ingin menjadi yang tetap dihati besarmu,
untuk mengisi kekosongan disitu buat selamanya..

Bakal suamiku,
aku tahu aku selalu ribut
selalu kusut dan selalu kabut..
tetapi aku tidak takut
kerna disebalik kecacatanku, hanya engkau yang mampu menyempurnakan.

Bakal suamiku,
tiada yang lain dihatiku kerna engkau pun tahu
tiada dua atau tiga, hanya engkau yg satu aku mahu..

Bakal suamiku,
yang sangat dikasihi,
terimalah aku seadanya kerna aku menerimamu selapangnya
pimpinlah aku kepada kebenaran kerna akn kuuruti segala titahmu..

Bakal suamiku,
maafkanlah segala kekhilafanku kerna maafmu akan menyuburkan lagi ikatan ini
sempurnakanlah ikatan ini dengan wali-wali agar aku dapat berbakti menjadi permaisuri dihatimu yg aku cintai sedalam-dalamnya....


Buat bakal suamiku,
Shikin Aziz
1708 p.m
080112

Thursday, January 5, 2012

Khas untuk bakal isteriku...



Bakal isteriku,

Jemputlah aku ke dalam hatimu yang indah itu,

Yang penuh dengan muatan rindu,

Meski rindu ini tidak terarah sekarang sayang,

Jujur dan ikhlas dariku.

Aku inginkan dirimu, hatimu dan belaianmu,

Dan datanglah padaku,

Kan ku katakan betapa aku amat menyayangimu,

Kerana diriku..hatiku..,

Ku yakini dirimu akan terus menerus hadir dalam diriku,

Kerana diriku jua, hatiku mencari bayanganmu,

Menanti dengan kemesraanmu,

Aku ingin menepis semua rinduku,

Semua rindu kita bersama,

Menjalin benang-benang cinta di antara kita sayang,

Percayalah, aku terlalu merinduimu,

Percayalah aku sanggup menemanimu sehingga akhir hayatku……


sepenuh hatiku,

-Anas Mahdi-

Thursday, December 29, 2011

Doa Rabitah





YA ALLAH,

Engkau mengetahui hati-hati ini

telah berkumpul kerana mengasihiMU,

bertemu untuk mematuhi perintahMU,

bersatu memikul beban dakwahMU,

hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk

mendaulat & menyokong syariatMU,

maka eratkanlah YA ALLAH akan ikatanya...

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini

akan jalanNYA yang sebenar,

Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu

yang tidak kunkung malap,

Lapangkanlah hati-hati ini dengan

limpahan iman dan keyakinan

dan keindahan tawakkal kepadaMU,

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan

ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentangMU,

Jika Engkau mentakdirkan mati,

maka matikanlah pemilik hati-hati ini

sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU,

Engkaulah sebaik-baik sandaran

dan sebaik-baik penolong,

YA ALLAH,

p/s: insyallah,sama2 amalkannya. (^.^)

About