Wednesday, January 11, 2012

~~sekiranya...~~

Saya tak tahu bila saya akan “pergi”,
Tapi izinkan saya beritahu saya sayang kamu.
Saya buang segala benci saya pada kamu, jika ada...
Saya halalkan segala hutang kamu pada saya, jika ada...
Saya maafkan semua kesalahan kamu, jika ada...
Dan harapan saya MAAFKANLAH SAYA,
Sesungguhnya saya hambaNya yang alpa...
Biarlah kalau saya pergi, saya pergi dalam keadaan tenang
Tanpa sekelumit pun rasa kurang senang pada sesiapa...
Saya maafkan, saya lepaskan, saya tinggalkan...
Demi kasih sayang saya pada kamu...

andai hari esok saya tiada dan gagal mengucapkan selamat tinggal,
ingat bahawa saya tak pernah lupa untuk ucapkan terima kasih
kerana saya berpeluang mengenali seseorang...
seperti diri kamu...

bekalkan saya dengan doa kamu...
Kirimkanlah saya cerita cinta kasih dan sayang kamu melalui sujud padaNya…
SEKIRANYA SAYA TAK BANGUN ESOK PAGI!

Sunday, January 8, 2012

~ Buat bakal suamiku yg disayangi..

Buat bakal suamiku,
aku tidak cukup sempurna untuk dirimu,
dan aku tidak cukup indah pandangan matamu.
namun, hakikatnya tetap satu..
aku ingin menjadi yang tetap dihati besarmu,
untuk mengisi kekosongan disitu buat selamanya..

Bakal suamiku,
aku tahu aku selalu ribut
selalu kusut dan selalu kabut..
tetapi aku tidak takut
kerna disebalik kecacatanku, hanya engkau yang mampu menyempurnakan.

Bakal suamiku,
tiada yang lain dihatiku kerna engkau pun tahu
tiada dua atau tiga, hanya engkau yg satu aku mahu..

Bakal suamiku,
yang sangat dikasihi,
terimalah aku seadanya kerna aku menerimamu selapangnya
pimpinlah aku kepada kebenaran kerna akn kuuruti segala titahmu..

Bakal suamiku,
maafkanlah segala kekhilafanku kerna maafmu akan menyuburkan lagi ikatan ini
sempurnakanlah ikatan ini dengan wali-wali agar aku dapat berbakti menjadi permaisuri dihatimu yg aku cintai sedalam-dalamnya....


Buat bakal suamiku,
Shikin Aziz
1708 p.m
080112

Thursday, January 5, 2012

Khas untuk bakal isteriku...



Bakal isteriku,

Jemputlah aku ke dalam hatimu yang indah itu,

Yang penuh dengan muatan rindu,

Meski rindu ini tidak terarah sekarang sayang,

Jujur dan ikhlas dariku.

Aku inginkan dirimu, hatimu dan belaianmu,

Dan datanglah padaku,

Kan ku katakan betapa aku amat menyayangimu,

Kerana diriku..hatiku..,

Ku yakini dirimu akan terus menerus hadir dalam diriku,

Kerana diriku jua, hatiku mencari bayanganmu,

Menanti dengan kemesraanmu,

Aku ingin menepis semua rinduku,

Semua rindu kita bersama,

Menjalin benang-benang cinta di antara kita sayang,

Percayalah, aku terlalu merinduimu,

Percayalah aku sanggup menemanimu sehingga akhir hayatku……


sepenuh hatiku,

-Anas Mahdi-


About