"Bila memikirkan ape yg telah terjadi, rasa macam sangat down. tatkala mengingati setiap bait kata2 dia seolah2 ku sudah tidak lagi mngenali dia. Siapa dia diwwaktu itu? kenapa terlalu sinis begitu? adakah tiada lagi kemesraan? usah diungkit diatas stp perbuatan kita kerna kelak akan memakan diri. Ku terlena ditemani airmata, dan ku terjga di hening malam sejurus wajah dia muncul didlm mimpiku, dan ku terus mengingati segala perbuatan dan kesalahan yg telah dilakukan sebelum lena menjelma, akhirnya airmata ini jatuh sekali lagi..telefon dicapai namun lemah, dibelek2 setiap gambar2 dia yg ada sambil bercucuran..pertnyaan terus menyapa, adakah kita mampu mengharungi segala dugaan yg akan muncul nanti? jangan pernah berubah wahai hati atas segala yg telah kita kecapi..dan jangan pernah mengalah..sabarlah dan tetapkanlah disitu..laju lagi bercucuran dan terus terlena lagi tanpa disedari..sedari waktu subuh, ku terus pasrah dan menyerah kepada Pencipta..sambil berdoa agar kita mampu hidup bersama, dan kuat semangat dalam hari2 mendatang..Ya Allah sesungguhnya hati ini sangat lemah..tidak ku mampu kehilangan dia disisiku..pagi ini terus dalam jiwa yg sangat suram..setiap perkara rutin sebelum dan sesudah tiba di pejabat juga sudah tidak lagi dilakukan walaupun sering terlupa, pantas mencapai telefon..dan pantas juga meletak kembali..sesungguhnya hati ini sangat terguris..sangat dan sangat terguris..apa yang diucapkan ku semalam adalah sekadar gurauan yg mungkin tidak bertempat..tetapi telah disalah tafsirkan..akan ku igt setiap bait, nada kata-katanya yg telah meragut segala kegembiraan kita..sesungguhnya ku tahu diri ini sangat tidak sempurna, tetapi ku juga amat takut diatas segala perubahan yg telah berlaku..yg mana mungkin akan mengubah segala warna warni didalam perhubungan ini..dan ketika ini, hatiku masih dihujani kesedihan dan keegoan..kerna tidak menyangka keadaan semalam berlaku..kenapa sering dipertikaikan perasaan dan perbuatanku ini? ku diam membisu tidak bermakna hatiku turut sama..setiap nafas ku merinduimu dan mengasihimu..kenapa masih lagi mengunkit semuanya? sedangkan semuanya sudah jelas..adakah tiada kenyakinan dihatimu utkku? hati perempuan ku ini ckup tipis..stp kata2mu yg sinis sudah mampu mengoyak secebis..dan jangan biarkan ianya terkoyak sendri lagi.."
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…
Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku, tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Kukuhkanlah ukhwah Islamiyah kami…
Agar kemesraan itu abadi…
Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi…
Seiringkanlah kami melayari hidup ini…
Ke tepian yang sejahtera dan abadi…
Istiqamahkanlah kami ya Allah…
Demi meneruskan perjuangan kami dalam medan dakwah yang penuh cabaran ini…
Jika ikatan yang Engkau tentukan ini…
Adalah satu pemangkin bagi kami…
Untuk menyambung rangkaian mata-mata rantai…
Penerus perjuangan yang tidak akan terhenti ini…
Maka jodohkanlah kami…
Moga putra-putri kami bisa menjadi muslimin dan muslimat…
Pendokong jamaah…
Penggerak gerakan Islamiyah…
Tetapi ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan…
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh dari pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan peliharakanlah aku dari kekecewaan…
Jika aku gagal menagkis kekecewaan itu…
Pelihara dan mantapkankanlah imanku…
Moga kekecewaan itu tidak menggugat gerak kerja Jamaahku…
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…
Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkan aku dengan takdir-Mu…
Aku redha dengan segala ketentuan dari-Mu…
Inilah ujian pentarbiyahan buatku…
Sesungguhkan apa yang telah Engkau takdirkan…
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…
Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaanku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini…
Janganlah engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan sefikrah yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Sama-sama dapat terus bergerak di dalam Jamaah Islam…
Andainya sudah ditakdirkan buatku…
Pendokong Jemaah bukan jodohku…
Mantapkanlah tarbiyahku…
Agar aku mampu membawanya bersama melalui liku perjuangan ini…
Sama-sama berusaha mendaulatkan Islam…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah padaku keturunan soleh dan solehah…
Yang pastinya menjadi aset utama penegak syiar agama-Mu…
Ya Allah …
Redhakanlah perjuangan kami…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan peliharakanlah kami dari azab api Neraka…
Ameen…ameen Ya Rabbal a’lameen
..yang terguris dan mencintai..
--------------------------------------------------------------------------------

